fbpx

Tips Merancang Percutian Dengan Bajet

Anda ingin merancang percutian yang seronok, tetapi anda risau takut berbelanja lebih dari bajet yang ada. Tambah pula jika membawa satu keluarga, bertambah kerisauan yang ada. Jangan risau, kali ini kami membawakan khas bagaimana merancang percutian dengan bajet. Mari baca. Semoga bermanfaat buat semua.

Perancangan waktu yang tepat.

Perkara pertama sekali jika anda ingin pergi bercuti adalah dengan memillih waktu yang sesuai. Tahukah anda, jika waktu cuti yang panjang seperti public holidays, kebanyakan tempat akan menaikkan harga kerana mereka tahu ramai pengunjung dan pelancong yang akan datang. Jadi, jika anda mahukan trip yang bajet, maka mulalah dengan merancang untuk pilih waktu yang sesuai dan menyiapkan persediaan sebaik mungkin.

Pilih destinasi kurang popular

Aha.. Pemilihan destinasi yang kurang popular juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan perbelanjaan anda sepanjang bercuti. Jika anda memilih destinasi yang kurang popular, yang tidak ramai pelancong datang, perbelanjaan percutian anda boleh dijimatkan. Yang penting anda perlu pandai dan berhati-hati ketika membawa diri. Anda juga boleh baca senarai tempat shopping yang murah di luar negara sebagai persediaan anda.

Cari penempatan yang bajet

Selepas anda tetapkan tarikh untuk pergi, cari hotel, hostel atau homestay yang bajet yang tidak melebihi bajet anda. Booking dahulu supaya anda boleh dapat harga yang lebih murah dari harga asal. Selain itu, anda juga boleh cari penginapan yang lebih murah jika anda ada mengenali penduduk tempatan di negara itu yang boleh menawarkan penginapan sementara di rumah mereka.

Bawa bekalan makanan

Bila anda pergi ke satu negara, sudah tentu anda risaukan tentang makanan harian anda. Jangan risau, untuk menjadikan percutian anda dengan bajet, anda bolehlah merancang dengan bawa bekalan makanan dari rumah. Dengan membawa bekalan makanan, anda tidak perlu fikir makanan apa yang halal, atau yang murah untuk mengisi perut. Anda juga boleh baca senarai makanan untuk dibawa ke luar negara.

Cari restoran yang menawarkan harga promosi

Jika di Malaysia, anda pasti melihat banyak promosi di restoran atau kedai makan yang menawarkan harga murah pada satu waktu. Jadi sama juga seperti di luar negara, carilah kedai makan atau restoran yang menawarkan promosi dengan harga murah. Jadi anda boleh letakkan sekali dalam trip anda untuk menikmati percutian anda dengan mencuba makanan yang disediakan di restoran.

(Sumber: The Travel Book)

 

 

 

 

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.