fbpx

Tips Pemilihan Sunblock Terbaik semasa bercuti

Tips Pemilihan Sunblock Terbaik semasa bercuti

“Dah pakai sunblock tapi masih sunburn ?? TIDAKKK !!! Salah ke aku pilih jenis sunblock tu?”

Memandangkan cuaca di negara kita ini yang tak menentu dengan peningkatan suhu panas sehingga mencecah 40 darjah celcius. Panas bukan? Jadi for sure la mat mat jambu dan gadis gadis di luar sana perlu untuk menjaga kulit dari cahaya matahari yang terik kan? Kalau tak habislahh rosak kulit kita ! Cepat nampak tua sebelum umur ! Tak boleh jadi ni…. So, pemakaian sunblock yang betul harus dititikberatkan supaya kulit kita sentiasa terlindung. Jom kita tengok apakah cara yang betul semasa memilih sunblock mengikut jenis kulit anda !

Jom, belajar apa itu SPF 

Apakah tu SPF ? SPF adalah singkatan untuk sun protection factor. Kita wajib tau pakai sunblock setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis. Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari? Sebabnya ialah kulit kita akan semakin menipis dan kita juga ingin kurangkan risiko masalah kulit (jerawat, jeragat,kulit menipis) dan kanser kulit. Cuba anda tengok di produk-produk sunblock ada tertulis spf15, spf30, spf50.  Mesti tertanya kan SPF apa yang sesuai dengan kita?

Spf ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita. Itulah sebabnya ramai yang menggunakan sunblock jika terlibat dalam aktiviti luar. Tetapi, sunblock ni janganlah gunakan dalam kadar yang banyak sebab ianya akan menyebabkan kulit rosak! Sebenarnya terdapat banyak jenis dan juga jenama sunblock yang terkenal dalam kalangan lelaki mahupun wanita yang sentiasa nak jaga kulit muka mereka dari terkena cahaya matahari. Setiap SPF ada fungsinya tersendiri dimana semakin tinggi level SPF pada sunblock, semakin berkesanlah ia untuk lindungi kulit kita.

“Jadi, macam mana kita nak pilih sunblock mengikut kesesuaian kulit kita ya ?”

“Hmm macam mana eh ? Okay jom baca tips di bawah.”

 

 

  • Tips Menggunakan Sunblock :   

1- Sapu sunblock 15-30 minit sebelum memulakan aktiviti di bawah sinaran UV.

2- Sapukan pada semua bahagian kulit yang terdedah (termasuk di pelipat-pelipat).

3- Gunakan berulang kali (biasanya 3-4 jam sekali) . Gunakan lebih kerap jika anda berpeluh banyak dan banyak melakukan aktiviti  renang dalam air.

4- Sebelum guna, pastikan tarikh luput disemak serta lihat teksturnya dan bau. Jika sudah berubah, buang jelah. Nanti merosakkan kulit      muka pula.

 

  • Jenis-jenis Sunblock Ikut Kulit :

1- Kulit kering : Cari sunblock berbentuk krim atau lotion

2- Kulit berminyak : Cari sunblock yang gel atau oil-free

3- Kulit sensitif : Cari sunblock yang berbentuk gel dan tidak mempunyai pengawet/bau

4- Kulit berbulu : Cari sunblock yang berbentuk gel/spray

(Sumber : Dr. Erna Nadia )

So, disebabkan setiap orang mempunyai berlainan jenis kulit, okay jom kita tengok list sunblock muka yang terbaik dan sesuai untuk digunakan ketika buat aktiviti di luar .

 

1- Nivea Sun Lotion

Untuk sesiapa yang mempunyai masalah kulit kering memang disarankan untuk gunakan sunblock ni. Sunblock ini dapat dapat melindungi kulit anda dengan baik serta melembapkan kulit. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai anti-penuaan dan boleh mengelakkan daripada ‘sunburn’. Losyen ini mengandungi SPF 50+ , jadi kulit anda pasti terlindung dari sinaran UV.

 

2- Senka Perfect UV Gel

Okay, mungkin anda tertanya tanya sunblock apa yang sesuai untuk kulit berminyak kan? Jawapannya ialah sunblock oil-free dalam bentuk gel iaitu Senka Perfect UV Gel !  Ini ialah sunblock yang sesuai untuk kulit anda kerana teksturnya yang sangat ringan dan tidak melekit. Boleh juga digunakan di badan ataupun muka anda. Dengan menggunakan sunblock ini, kulit anda dilindungi dari sinaran UV dalam jangka masa yang lama.

 

3- Banana Boat Sun Ultra Protect Lotion

Ini pula salah satu sunblock yang sesuai  digunakan untuk lelaki. Bukan perempuan sahaja tau yang perlu pakai sunblock, lelaki pun mestilah pakai juga untuk jaga kulit muka masing-masing. Takkan perempuan je yang nak kena jaga kulit muka kan? Lelaki pun perlu okay! So, ia merupakan sunblock yang sesuai untuk lelaki kerana sunblock ini jenis tahan lama walaupun badan anda dalam keadaan basah atau berpeluh. Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan vitamin C dan E yang bagus untuk kulit anda.

 

4- Biore UV Perfect Milk

Sunblock ini pula walaupun ianya lagi murah berbanding sunblock yang lain, tapi ianya juga amat berkesan. Ia bukan sahaja melindungi anda dari sinaran UV, malah ia juga berkesan menghilangkan bintik-bintik hitam. Ia juga merupakan sunblock yang waterproof dan kekal lama walaupun anda sedang berpeluh.

 

5- L’oreal Dermo Expertise UV Perfect Aqua Essence

Ini pula ialah sunblock spray yang baik untuk muka anda. Jika anda tidak suka sunblock yang seperti losyen, sunblock jenis spray ini adalah penyelesaiannya! Ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah ia juga berpotensi menyegarkan kulit muka anda. Terutamanya untuk wanita, jika anda terlupa untuk memakai sunblock ini, anda boleh spraykan sahaja di muka walaupun anda sudah memakai makeup. So, tiada lagi alasan untuk tidak memakai sunblock.

 

Jadi, inilah antara sunblock yang anda patut gunakan sebab ianya amat berkesan dan berpatutan. Tapi jangan lupa tau, check dulu SPF dan jenis sunblock yang sesuai untuk kulit anda. Jangan terus beli dan guna sahaja tanpa tengok ingredients sunblock tu. Kalau tak nanti, boleh menyebabkan breakout tau muka tu. Semoga tips ini boleh membantu dan memberi manfaat dalam penjagaan kulit muka anda.

 

 

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.