fbpx

Tips persediaan yang perlu untuk travel

Tips persediaan yang perlu untuk travel

Anda ingin Travel ke luar negara? Di sini kami sertakan beberapa Tips Persediaan yang perlu untuk anda yang ingin bercuti. Perkongsian Tips persediaan ini dapat membantu memberi rujukan kepada anda tentang perkara-perkara yang perlu disediakan sebelum anda ke luar negara.

  1. MERANCANG BAJET LEBIH AWAL

Bagi yang pertama kali merancang untuk bercuti  ke luar negara, tips pertama anda lakukan ialah sediakan bajet perbelanjaan lebih awal. Bajet yang disediakan akan digunakan untuk kegunaan lain seperti membuat passport dan membeli tiket penerbangan.

Tips Persediaan yang perlu untuk TravelSumber : Travelandleisure.com

  1. MERANCANG LOKASI TRAVEL

Rancang lokasi percutiaan anda dengan lebih baik dan teratur. Seterusnya, kenal pasti lokasi percutiaan yang sesuai dengan kehendak percutiaan anda. Sekiranya inginkan lokasi yang berkonsepkan alam semula jadi, anda boleh mencari maklumat di Internet bagi memenuhi kehendak destinasi anda.

Sumber : iMoney

  1. SEDIAKAN PASSPORT

Apabila selesai membeli tiket penerbangan, gunakan wang di dalam bajet awal untuk membuat passport anda. Kadar bayaran passport yang dikenakan pada waktu sekarang berjumlah RM200 untuk dalam tempoh 5 tahun. Tambahan pula, permohonan passport kini lebih mudah kerana ia boleh dilakukan secara online.

  1. ‘STUDY’ MENGENAI LOKASI PERCUTIAAN

Buat sedikit ‘research’ tentang lokasi yang anda ingin travel. ‘Research’ tersebut hendaklah meliputi tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi ketika anda di sana, serta kemudahan pengangkutan, lokasi hotel dan keselamatan yang rapi.

Sumber : Keluarga.com

  1. TEMPAH PENGINAPAN SECARA ONLINE

Menempah penginapan secara online dapat memudahkan perancangan anda untuk travel di samping dapat menjimatkan masa. Hal ini kerana anda tidak perlu bersusah-payah mencari penginapan ketika sampai di sana. Tempah penginapan di laman web tempahan seperti Booking.com, Agoda.com dan Trivago.com.

  1. SEDIAKAN BAJET AKHIR

Bajet akhir juga penting untuk anda membuat anggaran perbelanjaan sewaktu travel. Bajet akhir meliputi seperti kos penginapan, pengangkutan, makanan serta kos-kos yang lain. Hasil dari ‘study’ tentang lokasi travel yang akan anda pergi, tetapkan anggaran bajet perbelanjaan anda.

Ditulis oleh; Norfarahniza Nor Ashikin http://madini.com.my/

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.