fbpx

Top 5 Destinasi Beli-Belah Bajet Terbaik Di Seoul, Korea Selatan

DESTINASI BELI-BELAH BAJET TERBAIK.

Anyeonghaseyo, anda mengimpikan percutian bajet yang mengujakan di lubuk artis-artis pujaan K-pop, Korea Selatan?. 1001 detik-detik terindah percutian yang romantis di Pulau Jeju, Pulau Nami serta destinasi-destinasi menarik di Seoul mestilah disertai dengan aktiviti beli-belah: samada beli-belah untuk diri sendiri mahupun buat insan yang tersayang dengan bajet yang terbaik sebelum berangkat pulang ke tanah air. U olls sudah bersedia nak ke Korea dengan bajet yang terbaik?.  Hari ini, admin nak kongsikan destinasi-destinasi pilihan bagi beli-belah bajet terbaik di Seoul, Korea Selatan.

Tetapi,ingat kita kena jadi pengguna yang bijak walau dimana pun kita membeli-belah. Pengguna yang  bijak akan sentiasa menyusun bajet dan membuat perbandingan harga yang terbaik. Tidak mudah tertipu dek mulut manis golongan penjual.

First of all, sebelum flight, kaji dan pelajari destinasi-destinasi yang menawarkan perkhidmatan beli-belah  menarik dengan harga yang berbaloi.  Sesuai dengan kadar bajet yang telah disusun, iya sangat penting.

Jika di Seoul, pilihan destinasi  terbaik adalah gerai  beli –belah jalanan “Streets Shop” dan gerai-gerai “Underground” ataupun “Trucks Shopper”. Ini kerana, harga yang ditawarkan jauh lebih murah dan berpatutan, disertai oleh peluang “Tawar-menawar” dengan bajet yang rendah.

Perhatian, jangan terus bersetuju dengan harga yang diletakkan walaupun murah. Tunjukkan minat dan zahirkan keinginan untuk membeli dan main tarik tali dengan peniaga. contoh harga 70,000 won : “oh, sangat cantik, saya berminat sangat nak beli, adik saya mesti suka, tapi bajet mahal sangat ni” . Biasanya si penjual akan terus bertanya, “Mau berapa?”, Terus letakkan bajet:  50,000 won? . Pilih harga yang berbaloi dan terus sebut, yes, that is the trick “Berbaloi”. Ok, jom tengok top 5 destinasi beli-belah bajet di Seoul:

1. Beli-Belah di Dongdaemun

Sumber: Travelvui

Jika ini merupakan kali pertama anda ke Korea, sila “take note” lokasi ni, gerai beli-belah jalanan Dongdaemun yang sangat murah dan berbaloi. WAJIB!!!. Destinasi bajet yang mengumpulkan lebih daripada 26 pusat beli-belah,serta lebih daripada 30,000 gerai dan pasar. Jadi ia sangat sesuai bagi penggemar fesyen branded dan trendy, sehinggalah mereka yang mencari kecantikan dalam kesederhanaan dan bajet harga yang rendah.

Dongdaemun mengumpulkan lebih daripada 50,000 fesyen pakaian dan aksesori yang sangat “up-to-date” di samping pelbagai produk kecantikan dan kesihatan serta cenderamata yang sangat terkenal di Malaysia seperti TheFaceShop, Ettude House, Innisfree, Laneige dan banyak lagi.

Dan dinasihatkan “U Olls” ke pasar malam Dongdaemun yang beroperasi dari 10 malam sehingga 5 pagi setiap hari, kerana ia merupakan syurga tawar-menawar yang harus dikunjungi oleh penggemar produk Korea. Silap-silap boleh bawak balik pelbagai cenderamata comel untuk dijadikan “business” kat Malaysia. Maklumlah ramai K-pop Lovers di Malaysia.

2. Produk Kecantikan Bajet di Myeongdong

Sumber: Skyscanner

Destinasi seterusnya: Myeongdong. Siapa yang tidak kenal dengan Myeongdong?. Merupakan antara tarikan utama pengunjung di Bandaraya Seoul, bahkan dikenali sebagai “Syurga Kosmetik dan Kecantikan Wajah” buat wanita sedunia.

Rambang mata dibuatnya dengan promosi-promosi “gilerrrr” yang mencecah 50%-70% setiap hari yang dijalankan oleh pelbagai kedai-kedai produk penjagaan kulit dan wajah yang terkenal seperti Skinfood. MISSHIA, Etude House dan sebagainya, tanpa perlu menunggu perayaan tertentu.

Harga barangan yang ditawarkan juga sangatlah berpatutan dengan beli-belah bajet dek kerana persaingan antara produk jualan yang sangat sengit di sini.

Satu lagi kelebihan yang bakal “U olls” perolehi dari sini adalah sampel-sampel produk berjenama dan berkualiti yang diberikan secara percuma di setiap pelusuk laluan. Ini merupakan cara terbaik dan bijak untuk anda mendapatkan sesuatu barangan tanpa menggunakan sebarang bajet, jimat kan?.

Lagi satu, jika anda antara “hardcore fan” drama korea, mesti terliur je kan tengok “street-food” yang dinikmati oleh penduduk korea ni?.

Jangan risau, Myeongdong menawarkan  destinasi-destinasi gerai jalanan yang menjual variasi snek dan kudapan harian masyarakat Korea. Menu seperti Hotteok, TeobokkI boleh didapati dengan bajet yang rendah bermula dari 1000 – 4,000 won sahaja.

Jom sertai keluarga travel Madini dan izinkan kami merealisasikan impian beli-belah bajet anda di Myeongdong bersama guider yang sangat berpengalaman.

3. Beli-Belah Fesyen Indie di Hongdae

Sumber: Skyscanner

Jika U-olls peminat tegar fesyen “Indie”, inilah pilihan terbaik buat anda di Seoul: kawasan membeli-belah Hongdae atau universiti Hongik. Sesetengah orang menyamakan tempat ini dengan Harajaku di Jepun yang dikatakan menghidupkan budaya Indie dalam gaya hidup golongan remaja Korea.

Di sini, setiap individu bebas menggayakan sebarang bentuk fesyen yang diminati mereka terutamanya remaja. Sudah pasti anda akan mendapati ramai pelajar-pelajar universiti yang menghabiskan masa lapang mereka di sini.

Jika anda mencari keunikan dalam membeli-belah, anda boleh mengunjungi pasar Sabtu Hongdae yang beroperasi antarab jam 2pm-6pm. Di sini, terdapat pelbagai cenderamata dan produk buatan tangan yang dijual dan dipamerkan oleh pelajar universiti Hongik yang terkenal dengan karya seni mereka.

Jangan lupa untuk mulakan operasi “tawar-menawar” untuk medapatkan harga terbaik di sini, kerana Hongdae juga sangat terkenal dengan harga barangan yang sangat berpatutan. Jom ke Hongdae!!!.

4. Cenderamata Tradisional Korea di Insadong

Sumber: Travelvui

Hari-hari terakhir anda di Korea sudah semestinya dipenuhi dengan aktiviti pencarian buah tangan dan cenderamata buat insan tersayang di tanah air. Gerai-gerai di Insadong adalah pilihan yang terbaik buat anda. “Lupakan keychain,bawa pulang seni Korea  buat keluarga anda”.

Insadong menawarkan pelbagai jenis cenderamata tradisional yang unik seperti seni ukiran Korea, tembikar, mahupun set alat tulis yang memikat hati semua peringkat umur. Bajet? Jangan risau, murah jer. Cepat “Grab it U-olls”.

Kalau ke Insadong, jangan ketinggalan untuk mengunjungi rumah teh yang merupakan tarikan utama buat pengunjung dan masyarakat tempatan di sini. Sambil membeli-belah, sambil menikmati teh tradisional yang sangat istimewa dan menyegarkan dan menghayati budaya Korea. Ke Koreakah Kita?.

5. Terminal Bas Gangnam (Gangnam Goto Mall)

 

Sumber: Travelvui

Finally, berita gembira buat kaum wanita, pilihan ke-5 ni admin letakkan tempat yang terbaik untuk kalian berbelanja tanpa mengira cuaca? .Tidak perlu risau dibasahi hujan, mahupun sinaran mentari yang terik. Jom singgah Terminal Bas Gangnam.

Pusat membeli–belah yang beroperasi di stesen subway ini menawarkan variasi produk yang menarik dengan harga yang sangat ekonomi bermula daripada 5,000 won (6$). Sesuai untuk dijadikan buah tangan untuk keluarga terdekat.

Pelbagai bentuk pakaian mahupun beg tangan, aksesori telefon bimbit, sehinggalah ke keperluan dekorasi rumah idaman anda boleh didapati di sini. Sudah tentu dengan potongan harga mencecah 50% berbanding pusat membli-belah di luar. Berbelanja di Goto Mall dengan bajet rendah dengan kualiti terbaik. JOM!!!

Dah “ready” nak ke Korea? Jom sertai kami di Madini Travel and Tours  dan realisasikan impian percutian yang terindah anda bersama mereka yang tercinta.

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.