fbpx

Top 5 Pilihan Terbaik Street-Food Popular Di Turki – Wajib Cuba!

STREET-FOOD TERBAIK POPULAR DI TURKI.

Türkiye’ye Hoşgeldiniz! Selamat datang ke Turki, kerajaan yang menjadi simbol keagungan Empayar Uthmaniyah suatu ketika dahulu. Selain pilihan destinasi yang menjanjikan khazanah sejarah yang bernilai seperti, Agia Sofia, Masjid Biru dan Makam Sultan Al-Fateh, Turki juga sangat  popular dengan variasi pilihan “Street-Food”  yang  terbaik. Proses penyediaan makanan “face-to-face” yang istimewa pasti membuatkan anda terliur. Jadi, hari ini, admin akan berkongsi 5 pilihan terbaik “Turkish Street-Food”yang wajib anda cuba sepanjang percutian yang bakal dinikmati di negara penakluk empayar Byzantine ini:

1. Menikmati Kelazatan Street-Food: Pide/Pee-deh 

Sumber: Travel with Winny

Pengembaraan “Street-Food” kita bermula daripada Pide atau Pee-deh yang popular sebagai pizza Turki atau pita. Merupakan kombinasi antara roti yang biasanya berbentuk bujur , daging hancur, ayam, sosej, cili hijau, tomato dan cheese kuning yang dibakar di dalam ketuhar kayu, semestinya Pide menjadi pilihan orang ramai.

Untuk menikmati rasa Pide terbaik, admin cadangkan gerai popular, Mavi Haliç Pide Salonu yang terletak di Kutucular Sk berhampiran Bazar Rempah Ratus. Pide Turki segar dari ketuhar,sememangnya cair di mulut. Terliur tak?.

2. Terliur Dek Keenakan Köfte

Sumber: The Stupid Foreigner

Next check in, berita gembira buat penggemar “meatballs”, kelazatan “Street-Food”  yang dikenali sebagai Kofte ini sangat popular dalam kalangan kaki-travel seluruh dunia. Bebola daging empuk yang diperap dan dibakar dihidangkan bersama sos tomato, sedap dimakan begitu sahaja mahupun bersama roti.

Jangan tunggu lagi, wajib isi dalam must-do list kalian di Turki. Jika ingin menikmati Kofte yang terbaik, lazat dengan harga yang termurah di sini, admin sarankan korang singgah di restoran Kofteci Yusuf.

Restoran ini sangat popular dengan keistimewaan Kofte, beroperasi di serata Yavola dan Bursa, dan anda boleh boleh mendapatinya di 3 lokasi sepanjang jalan dari Istanbul ke Izmir.

Banyak lagi gerai Street-Food yang menawarkan Kofte di serata Istanbul untuk anda nikmati sambil menghayati keindahan kota Istanbul.  Jom, gerak dulu, apa-apa roger ya.

3. Kokoreç (Kokorech) : Pelik Tapi Sedap!

 

Sumber: Daniel Food Diary

Jom berkenalan dengan menu seterusnya, Kokorec; keenakan di sebalik keunikan yang meniti di bibir orang ramai. Apa pendapat anda apabila mendengar BBQ usus lembu atau biri-biri? Seram sejuk dibuatnya kan?. Namun Street-Food ini mendapat rating 5 bintang bagi kesemua pengunjung yang pertama kali mencubanya.

Sememangnya makanan ini sangat pelik jika didengari mahupun dibayangkan, namun selepas mencubanya, deria pasti tidak dapat menafikan kesedapannya. Menu yang popular dikalangan puak nomad Turki ini diperbuat daripada usus kambing atau lembu yang kenyal dan pedas.

Usus yang padat dengan inti ini diperap dan dibakar seperti ayam panggang terlebih dahulu sebelum dipotong dadu.  Amat enak digandingkan bersama tomato dan cili hijau sebelum dihidangkan dalam roti sandwish.

Iya, pelik tapi benar, Kokorec telah menawan hati ramai pelancong dan masyarakat tempatan. Kerana itu, ia wajib dicuba. Anda bersedia menyahut cabaran “Street-Food” ini? Anda boleh ke Gala Kokorec di Besiktas,Istanbul  untuk rasa Kokorec yang terbaik.

4. Simit: Sarapan Terbaik

Sumber: Perceptive Travel

Jika di Malaysia kita ada Auntie Ann, di Turki ada Simit yang lebih kurang bentuknya, cuma keaslian rasa dan tekstur semestinya berbeza. Simit ini sangat terkenal sebagai menu utama sarapan di serata wilayah di negara Masjid Biru ini.

Roti berbentuk gelang yang disaluti bijan ini agak rangup permukaannya, berselang dengan kelembutan  dan kekenyalan rasa didalamnya.

Jika anda singgah di kawasan Sirkeci Lama, juadah ini sangat popular dan boleh ditemui di mana-mana. Uniknya, anda akan mendapati peniaga menjaja Street Food ini di pagi hari dengan menjunjungnya  di atas kepala. Sangat enak dimakan bersama sup. Jom Simit Satu!

5. Doner Kebab

Sumber: Turkish Property Port

Jika anda ke Turki tanpa menikmati keenakan Doner Kebab, sangatlah rugi kerana juadah Street Food ini mecapai rekod jualan harian yang sangat tinggi. Kenapa? Kerana ia mencerminkan keistimewaan dan tradisi juadah kerajaan ini.

Jangan risau kerana Doner Kebab dijual di merata destinasi, sepanjang perjalanan anda di bandar Istanbul. Durum (yang dibalut dalam roti nipis), menjadi tarikan utama di sini.

Dengan pilihan ayam atau daging, juadah ini menyerupai Shawarma di negara-negara Arab. Cuma keunikan teksturnya sudah pasti lebih menyerlahkan citarasa tradisi empayar Turki. Jom try Doner terbaik di Istanbul di Dönerci Şahin Usta, Sultanahmet.

Tak sabar nak meikmati keenakan makanan tempatan yang ummmphh,diselangi keindahan kota Bursa dan Istanbul? Terliur kan? Jom, cuti-cuti Turki, bersama Madini Travel and Tours.

Nukilan: Siti Aisyah binti Muheddin http://madini.com.my/

 

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.