fbpx

Top Travel Agency Terbaik di Malaysia

Top Travel Agency Terbaik di Malaysia

Anda tercari top travel agency yang boleh dipercayai? Yang boleh memberikan khidmat terbaik? Yang boleh memuaskan hati orang yang ikut travel itu? Kami ada senaraikan beberapa top travel agency yang pasti akan membuatkan anda berpuas hati. Mari baca untuk tahu apakah antara top travel agency yang terbaik di Malaysia.

 

1) Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

(Sumber: Andalusia)
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd merupakan antara travel agensi yang top di Malaysia. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd telah membawa ribuan pelanggan setiap tahun. Mereka telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggannya.
Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan pelbagai jenis pelancongan demi memaksimumkan kepuasan dari segi perkhidmatan kepada pelanggannya. Antara pakej yang ditawarkan adalah percutian Muslim, percutian golf, bulan madu dan pelbagai lagi jenis pakej yang disediakan. Jadi tidak hairanlah ramai orang memilih syarikat Andalusia sebagai travel agency mereka.

2) Rayhar Travels

(Sumber: Rayhar Travel)
Rayhar Travels merupakan syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1965. Rayhar Travels sentiasa membawa jemaah haji atau umrah setiap tahun ke Tanah Suci. Selain membawa jemaah Haji, Rayhar Travels juga menjadi ejen jualan tempahan untuk tiket penerbangan dalam dan luar negeri.

Syarikat Rayhar Travels juga menganjurkan kursus-kursus haji bersiri secara percuma kepada orang awam di kawasan-kawasan operasi seperti Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Berang, Jerteh, Kuantan, Kuala Lumpur, Shah Alam, Bangi dan Seremban sebagai salah satu amal kebajikan kepada bakal-bakal jemaah haji dan orang ramai.

3) Al-Quds Travel

(Sumber: al-Quds travel)
Al-Quds Travel antara syarikat yang menjanjikan keselesaan kepada pelanggannya sepanjang berasa di sana. Al-Quds Travel menawarkan pakej menunaikan umrah atau haji dengan harga yang berpatutan setanding dengan perkhidmatan yang diberikan.
Bagi kaum ibu atau ayah yang inginkan keselesaan untuk menunaikan umrah atau haji buat kali pertama, atau ingin pergi lagi, boleh menggunakan al-Quds Travel yang boleh memberikan keselesaan kepada pelanggan.

4) Tiram Travel

(Sumber: Tiram Travel)
Tiram Travel merupakan syarikat agensi yang menawarkan pakej pelancongan untuk bercuti atau untuk pergi ke Tanah Suci. Perkhidmatannya juga telah menarik perhatian orang ramai untuk mencuba pakej mereka. Tiram Travel juga mempunyai banyak cawangan di  seluruh Malaysia untuk memudahkan pelanggan membuat pertanyaan atau tempahan berhampiran dengan pelanggan.
Tiram Travel disokong oleh pemandu pelancong (Tour Leader) yang berpengalaman dan anggota kerja yang berdedikasi untuk mengendalikan dan melayani pertanyaan. Tiram Travel Sdn Bhd juga dibantu oleh pegawai yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pelancongan dan pengkhususan dalam tugasan masing-masing.

5) Madini Travel

(Sumber: Madini Travel)
Madini Travel juga merupakan antara Travel Agency yang sering disebut oleh orang ramai. Perkhidmatannya  yang memuaskan pelanggan sering disebut-sebut oleh orang ramai. Madini Travel menawarkan pakej pergi ke umrah atau menunaikan haji, juga pakej-pakej pelancongan sama ada kepada orang Malaysia yang ingin pergi ke luar negara, atau pelancong asing khususnya orang Arab yang ingin melancong di dalam Malaysia.
Syarikat ini juga turut menyediakan pakej daurah haramain yang mana di bawah Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofre. Istimewanya Daurah Haramain ini adalah kerana di samping boleh menunaikan umrah, mereka juga akan mengadakan pengajian asas menggunakan kitab yang disediakan.
Jadi, anda sudah baca antara top travel agency yang kami berikan? Anda ada sebarang cadangan atau penambaikan dalam artikel ini? Jom komen di bawah untuk beritahu kepada kami supaya kami tahu dan maklum. Terima kasih kerana meluangkan masa baca artikel kami. ^_^

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.