fbpx

Kia Ora Aotearoa :)

Hari 1 – KUL- Auckland

Ok, dah ready nak pergi New Zealand? 🙂

Kita akan berkumpul di KLIA pada jam 8.30 malam. Boleh check in siap-siap di selfservice check in kiosk. Dah siap check in kita akan adakan sedikit taklimat sebelum keberangkatan. Flight akan berlepas pada jam 1140 malam dan akan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Kita akan transit di Gold Coast selama 1 jam.

Hari 2 Auckland – Rotorua (dinner)

Kia Ora Aotearoa – Welcome to the North Island of New Zealand.

Kita mulakan tour kita dengan ziarah masjid dan komuniti Muslim di Auckland. Barulah berkat perjalanan kita kan? 🙂

Solat jamak Zohor dan Asar. Then, kita akan malam nasi kari kambing New Zealand segar dari ladang:).

Then, kita akan terus bertolak ke Rotorua. Perjalanan akan mengambil masa sekitar 3 jam dengan menaiki van. Bermalam di Rotorua.

Hari 3 Rotorua-Taupo (Lunch & Dinner)

Awal pagi, kita akan Bertolak ke Taupo. En route kita akan di sajikan pemandangan indah berlatarkan puncak gunung salji Gunung Ruepahu, gunung yang terkenal dengan cerita LOTR dan The Hobbits. Jalan ni namanya Desert Scenic Drive of Mt Ruepahu.

 

 

Then, kita akan terus bertolak ke Huka Falls yang deras dan indah. Sangat indah, hingga airnya nampak biru turquoise..

 

Kita akan jalan-jalan sekitat tasik Taupo, tasik air tawar terbesar di New Zealand.

 

 

On the way back ke Rotorua, kita akan di sajikan lagi dengan permandangan indah landskap New Zealand berlatarkan gunung Tongariro. Sepanjang perjalanan rasa asyik nak berhenti je setiap tempat untuk ambil gambar..tapi tak boleh laa..nanti tak sampai hotel plak..huhu

Bergantung kepada masa, jika sempat saya akan bawa anda pergi hiking menaiki Rainbow Mountain Scenic Reserve.

Malam, aktiviti bebas. Sangat suggest untuk pergi mandi kolam airpanas volkanik di Polynesian Spa. Tiket bayar sendiri 🙂

Hari 4 Rotorua – Coromandel (Lunch & Dinner)

Hari ni kita akan jalan-jalan sekitar pekan Rotorua. Rotorua adalah sebuah pekan yang terkenal dengan aktiviti GeoThermal, Terdapat ratusan geiser dan puluhan tasik yang indah memukau di sekitar Rotorua.

 

Awal pagi, kita akan pergi melawat taman bunga Goverment Garden. Bagi yang minat bunga, haa ni laa tempat nya..Taman ni ada masa akan di penuhi dengan Tulips, ada masa akan di penuhi Lavender..tengok waktu.

 

Then, kita akan berjalan sekitar Kuirau Geiser Park. Biasa dengar taman bunga, taman rama-rama. taman burung.. tapi ni adalah taman pancuran lava gunung berapi.

 

Then, kita akan bertolak ke Coromandel. Perjalanan dalam masa 3 jam. Sampai Coromandel, kita akan trekking ke Cathedral Cove. Ni khas bagi yang larat. Sbb kena trekking dalam 20 minit. Tp view sangat cantik. Pantai ni sgt famous sbg lokasi penggambaran Narnia. Spent time kat sini. Boleh mandi manda.

 

Tengah hari, kita akan bertolak ke Auckland melalui Coromandel. Sepanjang perjalanan, view adalah sangat cantik. Just be prepared to mesmerize with the beauty :). Tapi, kalau hujan, xde rezeki laa ;(

 

Hari 5 Auckland (Lunch and Dinner)

Jalan-jalan sekitar bandar Auckland. Kita akan drive sepanjang jalan Tamaki drive, jalan-jalan di mission bay, naiki bukit One Tree Hill dan Auckland Domain. Malam saya akan bawa shopping di sekitar pusat bandar Auckland. Boleh beli keychain, coklat New Zealand, cheese, dan macam -macam lagi 🙂

 

 

Hari 6 Auckland – KL

Aktiviti bebas. Boleh shopping di brand outlet sekitar pusat bandar Auckland. ada banyak brand-brand besar dengan design terbaru di sini. Atau, boleh naik ferry cruise sekitar bandar Auckland. Makan tengahari sendiri. Jam 1300 tengahari kita akan bertolak ke airport. Flight jam 530 petang.

 

Keterangan pakej :

Saya buat trip ni untuk share experience travel di New Zealand. Its all about experience, tentang menikmati keindahan bumi ciptaan Allah yang bernama New Zealand. Asal nama bagi negara ni adalah Aotearoa yang bermaksud tanah di bawah naungan awan putih panjang.

This is off beaten road punya trip. Bukan trip biasa seperti itinerari kebanyakan travel agency. Kita akan cover banyak tempat. Hidden gems among local. Kita tak pergi tempat yang touristic yang perlu bayar tiket mahal spt Hobbiton, Cable Car, Waitomo Glow Worm caves dan lain-lain.

Please dont expect luxury treatment. Kita akan tidur di apartment, holiday park dan resort. Tapi, ini bukanlah trip backpackers.

Trip ni saya buat makan 2 kali sehari. Lunch and dinner.  Saya tak masukkan breakfast sebab di breakfast di hotel mahal, dan banyaknya makanan tak halal. So, at last kita akan boleh makan cereal dan susu je. So, biasa saya buat, saya akan bawa tetamu beli bekalan breakfast macam roti, susu segar, cereals, pisang dan lain lain. Boleh sarapan sendiri di bilik sebelum kita berangkat. Juga, saya akan awalkan lunch supaya tak lapar. Sekitar jam 11 pagi. Then, dinner saya awalkan dalam jam 7 malam.Plus, kita nak jimat masa supaya dapat banyak jalan. Kalau lapar lagi time malam, boleh makan di hotel :).

Trip ini adalah di bawah kendalian syarikat saya iaitu Madini Travel & Tours Sdn Bhd. Sebuah syarikat berlesen penuh di bawah MOTAC (Ministry of Tourism). Boleh rujuk tentang syarikat ini di sini http://madinitravel.com/tentang-kami/

Harga Pakej :
Dewasa : rm 3930.00/ pax
Kanak-kanak (3-7 tahun) : rm3730.00/pax
Bayi (bawah 2 tahun) : rm1700/pax

Terma Pembayaran

Deposit RM 200/ pax
By Dec RM 1500
Baki 3 minggu sebelum pelepasan.

Apa yang tak termasuk dalam pakej ni?

makanan dalam flight dan tambahan berat luggage airAsia. Memandangkan trip ni cuma 5 hari, kebiasaannya beg bersize kabin sudah cukup. Tapi jika perlu tambahan, boleh maklumkan pada saya.

 

DAFTAR SEKARANG DI SINI

[contact-form-7 404 "Not Found"]

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.