UAE: DUBAI & SEKITARNYA

Apakah bangunan tertinggi di dunia? Ya, tepat sekali! Burj Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia yang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Apa lagi yang menarik di UAE? Jom tengok tempat-tempat menarik yang terkenal di Dubai dan Abu Dhabi!

1. FERRARI WORLD

Antara salah satu tarikan di Ferrari World ialah bumbung merah menyala dengan logo ikonik Ferrari. Jika anda gemar untuk melakukan aktiviti yang mengujakan, jangan lepaskan peluang untuk menaiki roller-coaster terpantas di dunia iaitu Formula Rossa. Rasai keseronokan yang tidak terhingga di taman tema ini!

2. BURJ KHALIFA 

Burj Khalifa bukan sahaja dikenali sebagai bangunan tertinggi di dunia tetapi juga merupakan ikon global. Sejak dibuka pada tahun 2010, bangunan berketinggian 828 meter yang terletak di sebelah Dubai Mall ini sentiasa menarik perhatian pelancong dari seluruh negara. Jangan lupa untuk muatkan bangunan ini dalam kamera anda. Bukan itu sahaja, anda berpeluang melihat keseluruhan bandar Dubai daripada dek pemerhatian! 

3. DUBAI MALL

Pusat beli-belah terkemuka yang terletak bersebelahan dengan Burj Khalifa ini pasti menjadi tumpuan utama para pencinta fesyen dan jenama pereka terkenal. Peminat emas boleh mendapatkan barangan kemas terbaik di Gold Souk. Setelah Dubai Mall Zabeel dibuka pada tahun 2019, pusat beli-belah terbesar di dunia ini telah berkembang lebih besar dan menawarkan pelbagai pengalaman baharu daripada aspek gaya hidup, tempat makan dan banyak lagi. 

4. DUBAI FRAME

Dubai Frame juga adalah salah satu tarikan popular dalam kalangan pelancong dan penduduk di bandar ini. Daerah bersejarah ini dapat dilihat di mercu tanda yang menyerupai bingkai gambar di Zabeel Park ini menyediakan pemandangan panorama bandar yang menakjubkan. 

5. DUBAI MIRACLE GARDEN

Taman bunga seluas 72,000 meter persegi ini merupakan taman bunga semula jadi yang terbesar di dunia. Pengunjung boleh melihat lebih daripada 150 juta bunga yang mekar di seluruh kawasan dengan pelbagai tarikan dan gubahan yang unik. Smurfs Village, Floating Lady dan Emirates A380 adalah antara tarikan yang terdapat di sini. Dubai Miracle Garden adalah destinasi yang sesuai untuk dikunjungi bersama dengan keluarga atau rakan-rakan kerana setiap musim mempunyai pelbagai aktiviti dan tarikan baharu untuk semua peringkat umur. 

6. MASJID JUMEIRAH 

Masjid Jumeirah adalah salah satu mercu tanda paling ikonik di Dubai. Keindahan masjid ini amat terserlah kerana dibina sepenuhnya daripada batu putih. Masjid terbesar di Dubai ini juga mampu memuatkan 1,200 hingga 1,300 jemaah. Pengunjung daripada pelbagai agama dialu-alukan untuk mengagumi persekitaran masjid ini dan belajar tentang Islam serta budaya tempatan. 

7. MALL OF THE EMIRATES

Mall of the Emirates juga adalah satu persinggahan wajib untuk membeli-belah selain daripada Dubai Mall jika anda ke Dubai. Tingkatkan pengalaman membeli-belah dengan memanfaatkan perkhidmatan premium yang ditawarkan. Selain daripada butik-butik berjenama mewah, pengunjung juga boleh memilih restoran-restoran yang sesuai dengan cita rasa anda. Pusat beli-belah ini juga bersambung ke dua tempat menarik di Dubai iaitu Ski Dubai dan Hotel Kempinski yang bertaraf lima bintang. Ski Dubai merupakan satu-satunya resort ski tertutup di rantau ini. 

Dubai dan Abu Dhabi adalah bandar moden dan futuristik yang masih kaya dengan budaya tempatan. Binaan-binaan bangunan yang unik dan menjulang langit membuatkan kita seolah-olah berada dalam belantara konkrit yang tiada jalan keluar.  Nikmati percutian mewah dengan harga murah ke Dubai dan Abu Dhabi melalui Pakej Jalan-jalan bersama-sama Aku & Travel. Perjalanan yang selesa dan menyeronokkan adalah jaminan kami terhadap pilihan anda. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Daftar SEGERA!

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram