

Tinggal lebih lama di Mekah & Madinah
Tinggal lebih lama di Mekah & Madinah merupakan impian setiap muslim. Setiap hari dapat solat depan Kaabah & Raudhah di Masjidil Nabawi.
– Mohamed, Kota Bharu

Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
Penasihat Madini Travel & Tours Sdn Bhd

Hotel Depan Masjid
Penting buat kami menyediakan hotel yang tepat, dekat & selesa untuk memastikan anda fokus pada ibadah.
Mekah: Safwah Tower (50M) 5★
Madinah: Elaf Taiba (100M) 4★

22 Hari 20 Malam
Kami rangka khusus jadual perjalanan anda. Tinggal lebih lama di Madinah 10 malam & Mekah 10 malam.

Penerbangan Terus
Kurang penat & Ibadah lebih fokus! Terbang terus pesawat MAS & SAUDIA dari KLIA ke Tanah Suci.

Makan Minum 3x
Usah risau dengan makan & minum kerana anda di hidangkan dengan makan 3 kali sehari.

PERCUMA Beg Bagasi Ekslusif
Untuk memastikan barang keperluan anda di bawa dengan baik, kami beri anda secara percuma beg bagasi ekslusif 1x bagasi 24′, 1x bagasi 20′ & 1x beg sandang.

PERCUMA Kad Medikal & Takaful Kembara
Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan, dapatkan rawatan & ubatan tanpa bayaran di hospital berdekatan. MEDIC PILGRIM sedia berkhidmat 24 jam bila-bila masa.

PERCUMA 3x Umrah
Bersesuaian dengan tempoh anda di Mekah, kami akan bawa anda melakukan ibadah umrah 3 kali oleh Mutawif berpengalaman.

PERCUMA Kursus Umrah
Kursus umrah berkala di lakukan setiap minggu dan ianya percuma untuk anda agar ibadah selamat & berkualiti.
Tarikh Perjalanan
Tarikh Umrah 22 Hari Sepanjang Tahun

Penerbangan:
Kuala Lumpur – Madinah / Jeddah – Kuala Lumpur

Assalamualaikum, sedang mencari pakej umrah? Saya bersedia bantu anda memilih pakej yang terbaik.
Maisarah – Konsultan Umrah, Madini Travel & Tours Sdn Bhd

Assalamualaikum, berminat untuk menunaikan umrah bersama keluarga tersayang? Saya sudi membantu anda sekeluarga.
Nur Ain – Konsultan Umrah, Madini Travel & Tours Sdn Bhd
Variasi Harga Bilik

Bayi (0-23 bulan) : RM1,500 seorang
Kanak-Kanak (2-6 tahun)
Tanpa Katil : Diskaun RM4,000 dari harga dewasa.
Berkatil : Sama seperti harga dewasa.
Hari 1 : KLIA - Madinah
- Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas.
- Taklimat ringkas oleh mutawwif.
- Tiba di Lapangan Terbang Madinah.
- Menaiki bas ke hotel Madinah.
Hari 2 : Madinah
- Sarapan pagi di hotel
- Berkumpul di lobi jam 7.30 pagi
- Ziarah dalam Madinah (sekitar Masjid Nabawi)
- Tsaqifah Bani Saidah
- Masjid Ghamamah
- Masjid Abu Bakr
- Masjid Ali
- Perkuburan Baqi’
- Raudhah (jemaah lelaki sahaja)
- Solat Zohor di Masjid Nabawi
- Makan tengahari di hotel
- Malam :
- Lelaki : Aktiviti bebas
- Perempuan : Masuk Raudhah dengan bimbingan mutawwifah
Hari 3 : Madinah
- Sarapan pagi di hotel
- Berkumpul di lobi jam 7:00 pagi dalam keadaan berwudhuk
- Ziarah Luar Madinah :
- Masjid Quba’
- Ladang kurma
- Masjid Qiblatain
- Masjid Tujuh (Khandaq)
- Bukit Uhud
- Solat Zohor di Masjid Nabawi
- Makan tengahari di hotel
- Malam : Aktiviti bebas
Hari 4 : Madinah
- Sarapan pagi di hotel
- Makan tengahari di hotel
- Taklimat keberangkatan dan umrah
- Malam : Aktiviti bebas
Hari 5 : Madinah
- Sarapan pagi di hotel
- Makan tengahari di hotel
- Taklimat keberangkatan dan umrah
- Malam : Aktiviti bebas
Hari 6 : Madinah - Mekah
- Sarapan pagi di hotel
- Ziarah wada’ (selamat tinggal)
- Berangkat ke Mekah
- Niat Umrah dan Ihram di Miqat Zulhulaifah (Bir Ali)
- Tiba di Mekah (urusan check-in)
- Berkumpul untuk mengerjakan umrah dengan bimbingan Mutawwif
- Mengerjakan umrah pertama
Hari 7 : Mekah
- Sarapan pagi di hotel
- Berkumpul di lobi jam 7:00 pagi
- Memakai pakaian Ihram (pilihan)
- Ziarah Mekah
- Bukit Thur
- Bukit Rahmah (Arafah)
- Muzdalifah
- Mina
- Bukit Nur (Gua Hira’)
- Miqat Umrah Ja’ranah
- Solat zohor di Masjidil Haram
- Mengerjakan umrah kedua
- Malam : Aktiviti bebas
Hari 8 : Mekah
- Sarapan pagi di hotel
- Tazkirah / pengisian rohani
- Rehat dan aktiviti bebas
- Add On : Ziarah Taif (RM200)
Hari 9 : Mekah
- Sarapan pagi di hotel
- Berkumpul di lobi jam 7:00 pagi
- Memakai pakaian Ihram (pilihan)
- Ziarah Mekah – Hudaibiyah :
- Ladang unta (tertakluk pada kebenaran)
- Muzium Dua Masjid Suci (tertakluk pada kebenaran)
- Miqat Umrah di Masjid Hudaibiyah
- Solat zohor di Masjidilharam
- Malam : Aktiviti bebas
Hari 10 : Mekah
- Sarapan pagi di hotel
- Rehat dan aktiviti bebas
- Bergerak ke Muzdalifah (selepas Asar)
- Makan malam di Muzdalifah
- Pengisian rohani dan taklimat keberangkatan
Hari 11 : Mekah - Jeddah
- Sarapan pagi di hotel
- Tawaf Wida’ (selamat tinggal)
- Solat zohor di Masjidilharam
- Berangkat ke lapangan terbang Jeddah dengan bas
- Tiba di lapangan terbang Jeddah (urusan check-in)
- Berangkat pulang ke tanah air
Hari 12 : Jeddah - KLIA
- Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA
Adakah pakej-pakej ini menyediakan makan fullboard (3 kali sehari makan di Mekah dan Madinah)?
Ya betul. Kesemua pakej akan disediakan makanan secara fullboard iaitu 3 kali sehari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam) – sarapan adalah makanan Asian Buffet di Hotel manakala makan tengahari dan makan malam adalah secara mealbox citarasa masakan melayu (kecuali Pakej Umrah Daycare & Parenting)
Adakah syarikat menerima bayaran secara ansuran?
Ya. Sukacita dimaklumkan, kami menerima pembayaran secara ansuran. Tetapi pembayaran akhir perlu dilunaskan 45 hari sebelum penerbangan anda. Deposit pendaftaran hanya RM1000 seorang.
Apa yang perlu saya lakukan selepas pendaftaran?
Tuan perlu mengisi Borang Pendaftaran Umrah dan membuat penyerahan dokumen-dokumen yang diperlukan 45 hari sebelum tarikh pelepasan.
Adakah saya perlu hadir ke pejabat untuk pendaftaran?
Tidak perlu. Tempahan boleh dibuat secara online, melalui whatsapp di talian 010-4036786 atau bayaran secara online di website madinitravel.com. Urusan passport & buku vaksin boleh dibuat secara pos.
Ada tak pakej umrah yang lebih dari 12 hari?
Ada, kami menawarkan pakej umrah selama 22 hari (Pakej Umrah Nour)
Ada pakej Ziarah ke Taif? Berapa bayaran tambahan yang diperlukan?
Ada. Tambahan RM200 seorang untuk ziarah ke Taif.
Jika dari Sabah dan Sarawak, adakah harga pakej masih sama?
Ya, harga pakej masih sama, tetapi kos pengangkutan daripada Sabah atau Sarawak ke KLIA ditanggung oleh pihak Tuan/ Puan sendiri.
Adakah harga pakej yang diberikan tetap atau terdapat bayaran tersembunyi?
Harga pakej yang kami iklankan adalah harga bermula dari KLIA sehingga tiba di KLIA semula dan tiada bayaran tersembunyi KECUALI atas permintaan jemaah untuk ditempatkan sebilik berempat, sebilik bertiga atau pun sebilik berdua.
Bagaimana perjalanan sepanjang di sana, ustaz pembimbing atau mutawwif ikut bersama?
Ustaz pembimbing dan mutawif akan sentiasa bersama para Jemaah dan membantu serta berusaha mempermudahkan urusan sepanjang di tanah suci Mekah dan Madinah.
Saya dimaklumkan bahawa perempuan di bawah umur 45 tahun memerlukan seorang mahram. Bagaimana jika saya tiada mahram?
Seorang perempuan di bawah umur 45 tahun wajib mempunyai seorang mahram lelaki yang berumur 18 tahun ke atas.
- Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik.
- 5 liter air Zam-Zam.
- Pengangkutan.
- Ziarah Mekah & Madinah.
- Beg luggage 24″.(kecuali Pakej Jimat)
- Beg Cabin 20″.(kecuali Pakej Jimat)
- Beg silang, Buku panduan Umrah.
- Bayaran VISA Umrah RM400 seorang (dikenakan oleh pihak Saudi).
- Penggunaan telefon, surat menyurat & dobi.
- Makan dan minum selain daripada yang disediakan.
- Lebihan barangan bagasi daripada 30kg/ pax yang di caj oleh pihak penerbangan. (Pakej Jimat 25kg)
- Lawatan yang tidak termasuk di dalam aturcara.
- Pengangkutan ke tanai’m untuk miqat umrah pada hari acara bebas.
- Perbelanjaan persendirian yang lain.
Daftar Umrah
Kami berbesar hati menyantuni anda.
Perlu Bantuan? Call
010-403 6786
03-6735 7331
atau klik butang hijau
Whatsapp di sebelah kiri

Assalamualaikum, sedang mencari pakej umrah? Saya bersedia untuk terangkan semuanya pada anda.
Maisarah

Assalamualaikum, berminat untuk menunaikan umrah bersama keluarga tersayang? Saya sudi membantu anda sekeluarga.
Nur Ain