fbpx

Hotel 5 Bintang di Mekah & Madinah

Syukur rezeki bertambah-tambah membuatkan saya ambil keputusan untuk bawa ibu & ayah pergi umrah bersama Madini Travel dengan Pakej Safwah Premium sebab hotel di Madinah & Mekah bertaraf 5 bintang dan dekat sangat.

Nampak ibu ayah seronok pergi masjid, bertenaga & tak letih. Turun saja hotel memang dah sampai masjid.

– Alif Asyraf, Desa Pandan.

Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre - Penasihat Madini Travel

Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
Penasihat Madini Travel & Tours Sdn Bhd

001-kaaba1

Hotel Depan Masjid

Penting buat kami menyediakan hotel yang tepat, dekat & selesa untuk memastikan anda fokus pada ibadah.

Mekah: Safwah Tower (50M) 5★
Madinah: Elaf Grand Majeedi (30M) 5★

002-aeroplane1

Penerbangan Terus

Kurang penat & Ibadah lebih fokus! Terbang terus pesawat MAS & SAUDIA dari KLIA ke Tanah Suci.

005-cutlery1

Makan Minum 3x

Usah risau dengan makan & minum kerana anda di hidangkan dengan makan 3 kali sehari.

dua-hands

Rasai 2x Jumaat

Kami rangka khusus jadual perjalanan anda. Anda berpeluang merasai 1x Jumaat di Masjidil Haram dan 1x Jumaat di Masjidil Nabawi.

suitcase

PERCUMA Beg Bagasi Ekslusif

Untuk memastikan barang keperluan anda di bawa dengan baik, kami beri anda secara percuma beg bagasi ekslusif 1x bagasi 24′, 1x bagasi 20′ & 1x beg sandang.

003-id-card1

PERCUMA Kad Medikal & Takaful Kembara

Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan, dapatkan rawatan & ubatan tanpa bayaran di hospital berdekatan. MEDIC PILGRIM sedia berkhidmat 24 jam bila-bila masa.

007-repeat1

PERCUMA 3x Umrah

Bersesuaian dengan tempoh anda di Mekah, kami akan bawa anda melakukan ibadah umrah 3 kali oleh Mutawif berpengalaman.

006-seminar1

PERCUMA Kursus Umrah

Kursus umrah berkala di lakukan setiap minggu dan ianya percuma untuk anda agar ibadah selamat & berkualiti.

Tarikh Perjalanan

Tarikh Umrah Sepanjang Akhir 2019 & Awal 2020

Penerbangan:
Kuala Lumpur – Madinah / Jeddah – Kuala Lumpur  

Kuala Lumpur – Jeddah / Madinah – Kuala Lumpur

maisarah-2

Assalamualaikum, sedang mencari pakej umrah? Saya bersedia bantu anda memilih pakej yang terbaik.

Maisarah – Konsultan Umrah, Madini Travel & Tours Sdn Bhd

ain-profile

Assalamualaikum, berminat untuk menunaikan umrah bersama keluarga tersayang? Saya sudi membantu anda sekeluarga.

Nur Ain – Konsultan Umrah, Madini Travel & Tours Sdn Bhd

Variasi Harga Bilik

Bayi (0-23 bulan) : RM1,500 seorang

Kanak-Kanak (2-6 tahun)
Tanpa Katil : Diskaun RM1,000 dari harga dewasa.
Berkatil : Sama seperti harga dewasa.

Hari 1 : KLIA - Madinah

  • Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas.
  • Taklimat ringkas oleh mutawwif.
  • Tiba di Lapangan Terbang Madinah.
  • Menaiki bas ke hotel Madinah.

Hari 2 : Madinah

  • Sarapan pagi di hotel
  • Berkumpul di lobi jam 7.30 pagi
  • Ziarah dalam Madinah (sekitar Masjid Nabawi)
    • Tsaqifah Bani Saidah
    • Masjid Ghamamah
    • Masjid Abu Bakr
    • Masjid Ali
    • Perkuburan Baqi’
    • Raudhah (jemaah lelaki sahaja)
  • Solat Zohor di Masjid Nabawi
  • Makan tengahari di hotel
  • Malam :
    • Lelaki : Aktiviti bebas
    • Perempuan : Masuk Raudhah dengan bimbingan mutawwifah

Hari 3 : Madinah

  • Sarapan pagi di hotel
  • Berkumpul di lobi jam 7:00 pagi dalam keadaan berwudhuk
  • Ziarah Luar Madinah :
    • Masjid Quba’
    • Ladang kurma
    • Masjid Qiblatain
    • Masjid Tujuh (Khandaq)
    • Bukit Uhud
  • Solat Zohor di Masjid Nabawi
  • Makan tengahari di hotel
  • Malam : Aktiviti bebas

Hari 4 : Madinah

  • Sarapan pagi di hotel
  • Makan tengahari di hotel
  • Taklimat keberangkatan dan umrah
  • Malam : Aktiviti bebas

Hari 5 : Madinah

  • Sarapan pagi di hotel
  • Makan tengahari di hotel
  • Taklimat keberangkatan dan umrah
  • Malam : Aktiviti bebas

Hari 6 : Madinah - Mekah

  • Sarapan pagi di hotel
  • Ziarah wada’ (selamat tinggal)
  • Berangkat ke Mekah
  • Niat Umrah dan Ihram di Miqat Zulhulaifah (Bir Ali)
  • Tiba di Mekah (urusan check-in)
  • Berkumpul untuk mengerjakan umrah dengan bimbingan Mutawwif
  • Mengerjakan umrah pertama

Hari 7 : Mekah

  • Sarapan pagi di hotel
  • Berkumpul di lobi jam 7:00 pagi
  • Memakai pakaian Ihram (pilihan)
  • Ziarah Mekah
    • Bukit Thur
    • Bukit Rahmah (Arafah)
    • Muzdalifah
    • Mina
    • Bukit Nur (Gua Hira’)
  • Miqat Umrah Ja’ranah
  • Solat zohor di Masjidil Haram
  • Mengerjakan umrah kedua
  • Malam : Aktiviti bebas

Hari 8 : Mekah

  • Sarapan pagi di hotel
  • Tazkirah / pengisian rohani
  • Rehat dan aktiviti bebas
  • Add On : Ziarah Taif (RM200)

Hari 9 : Mekah

  • Sarapan pagi di hotel
  • Berkumpul di lobi jam 7:00 pagi
  • Memakai pakaian Ihram (pilihan)
  • Ziarah Mekah – Hudaibiyah :
    • Ladang unta (tertakluk pada kebenaran)
    • Muzium Dua Masjid Suci (tertakluk pada kebenaran)
  • Miqat Umrah di Masjid Hudaibiyah
  • Solat zohor di Masjidilharam
  • Malam : Aktiviti bebas

Hari 10 : Mekah

  • Sarapan pagi di hotel
  • Rehat dan aktiviti bebas
  • Bergerak ke Muzdalifah (selepas Asar)
  • Makan malam di Muzdalifah
  • Pengisian rohani dan taklimat keberangkatan

Hari 11 : Mekah - Jeddah

  • Sarapan pagi di hotel
  • Tawaf Wida’ (selamat tinggal)
  • Solat zohor di Masjidilharam
  • Berangkat ke lapangan terbang Jeddah dengan bas
  • Tiba di lapangan terbang Jeddah (urusan check-in)
  • Berangkat pulang ke tanah air

Hari 12 : Jeddah - KLIA

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA

Adakah pakej-pakej ini menyediakan makan fullboard (3 kali sehari makan di Mekah dan Madinah)?

  1. Pakej Umrah Seerah (Dengan Makan) – akan disediakan makanan secara fullboard (Asean Buffet) iaitu 3 kali sehari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam) – Makanan adalah citarasa masakan melayu. 
  2. Pakej Umrah Daurah – akan disediakan makanan secara fullboard (Asean Buffet) iaitu 3 kali sehari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam) – Makanan adalah citarasa masakan melayu.
  3. Pakej Umrah Jejak Cinta Anbiya’ – Ziarah 3 Masjid – akan disediakan makanan secara fullboard (Asean Buffet) iaitu 3 kali sehari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam). 

Bagaimana jika saya ingin naik taraf penerbangan ke Business Class?

Tambahan RM1700 untuk naik taraf penerbangan ke Business Class. 

Adakah syarikat menerima bayaran secara ansuran?

Ya. Sukacita dimaklumkan, kami menerima pembayaran secara ansuran. Tetapi pembayaran akhir perlu dilunaskan 45 hari sebelum penerbangan anda. Deposit pendaftaran hanya RM1000 seorang.

Adakah saya perlu hadir ke pejabat untuk pendaftaran?

Tidak perlu. Tempahan boleh dibuat secara online, melalui whatsapp di talian 010-4036786 atau bayaran secara online di website madinitravel.com. Urusan passport & buku vaksin boleh dibuat secara pos.

Apa yang perlu saya lakukan selepas pendaftaran?

Tuan/ Puan perlu mengisi Borang Pendaftaran Umrah dan membuat penyerahan dokumen-dokumen yang diperlukan 45 hari sebelum tarikh pelepasan.

Ada pakej Ziarah ke Taif? Berapa bayaran tambahan yang diperlukan?

Ada. Tambahan RM200 seorang untuk ziarah ke Taif.

Jika dari Sabah dan Sarawak, adakah harga pakej masih sama?

Ya, harga pakej masih sama, tetapi kos pengangkutan daripada Sabah atau Sarawak ke KLIA ditanggung oleh pihak Tuan/ Puan sendiri. 

Ada tak pakej umrah yang lebih dari 12 hari?

Ada, kami menawarkan pakej umrah selama 22 hari (Pakej Umrah Daurah).

Bagaimana kalau saya nak daftarkan ayah saya yang berwarganegara Indonesia?

Kami boleh uruskan visa warganegara Indonesia, tertakluk pada terma dan syarat. Jika warganegara asing yang menetap di Malaysia dengan menggunakan permit atau visa, sah tempoh laku mestilah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pergi.

Bagaimana perjalanan sepanjang di sana, ustaz pembimbing atau mutawwif ikut bersama?

Ustaz pembimbing dan mutawif akan sentiasa bersama para Jemaah dan membantu serta berusaha mempermudahkan urusan sepanjang di tanah suci Mekah dan Madinah.

Adakah pakej saya termasuk sekali caj upah porter?

Tidak. Semua pakej yang ditawarkan tidak termasuk upah porter atau apa sahaja perbelanjaan peribadi anda.

Bolehkah saya membatalkan penyertaaan saya ke Umrah?

Boleh, tetapi pulangan wang adalah berdasarkan pemotongan berikut:

45 hari sebelum : caj pengurusan RM 50.00

22-44 hari : perlucutan deposit pakej

15-21 hari: 35% dari harga pakej akan dikenakan.

08-14 hari: 50% dari harga pakej akan dikenakan.

03-07 hari: 75% dari harga pakej akan dikenakan.

kurang dari 02 hari sebelum bertolak: Kesemua wang tidak akan dikembalikan.

Jika saya mahu beli Ground Pakej dan Visa sahaja, bolehkah syarikat tuan uruskan? Perlukah saya beli sendiri tiket penerbangan?

In Sya Allah, boleh. Pihak kami perlu berbincang dengan pihak tuan terlebih dahulu dengan lebih lanjut sebelum kami memberikan harga.

Saya sedang menjalani rawatan dialisis, bolehkah saya menunaikan ibadah umrah?

Boleh dan tiada halangan dari pihak kami tetapi tertakluk kepada terma dan syarat.

Saya dimaklumkan bahawa perempuan di bawah umur 45 tahun memerlukan seorang mahram. Bagaimana jika saya tiada mahram?

Seorang perempuan di bawah umur 45 tahun wajib mempunyai seorang mahram lelaki yang berumur 18 tahun ke atas.

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik.
  • 5 liter air Zam-Zam.
  • Pengangkutan.
  • Ziarah Mekah & Madinah.
  • Beg luggage 24″.(kecuali Pakej Jimat)
  • Beg Cabin 20″.(kecuali Pakej Jimat)
  • Beg silang, Buku panduan Umrah.
  • Bayaran VISA Umrah RM400 seorang (dikenakan oleh pihak Saudi).
  • Penggunaan telefon, surat menyurat & dobi.
  • Makan dan minum selain daripada yang disediakan.
  • Lebihan barangan bagasi daripada 30kg/ pax yang di caj oleh pihak penerbangan. (Pakej Jimat 25kg)
  • Lawatan yang tidak termasuk di dalam aturcara.
  • Pengangkutan ke tanai’m untuk miqat umrah pada hari acara bebas.
  • Perbelanjaan persendirian yang lain.

Daftar Umrah

Kami berbesar hati menyantuni anda.

Perlu Bantuan? Call

010-403 6786
03-6735 7331

atau klik butang hijau
Whatsapp
di sebelah kiri

maisarah-2

Assalamualaikum, sedang mencari pakej umrah? Saya bersedia untuk terangkan semuanya pada anda.

Maisarah

Konsultan Umrah & Daurah, Madini Travel & Tours.

ain-profile

Assalamualaikum, berminat untuk menunaikan umrah bersama keluarga tersayang? Saya sudi membantu anda sekeluarga.

Nur Ain

Konsultan Umrah & Daurah, Madini Travel & Tours.

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.